Pages

8 December 2010

niat~!


!!نواياكم تسبق الأعمال
niat-niat kamu mendahului amalan-amalan kamu!!



Apa itu niat??
Menurut Kamus Dewan, niat membawa definisi; maksud atau tujuan sesuatu perbuatan atau ingatan dalam hati. Ada yang menyatakan niat sebagai lintasan dalam hati. Apabila kita mengangkat kaki bergerak ke bilik air, pastinya sudah ada niat di dalam hati sama ada disedari atau tidak. Mungkin kita berniat nak meludah, buang air, mandi atau ingin mengambil wuduk.


Apa yang dapat kita fahami, dari maksud di atas, setiap tindakan kita didahului dengan niat akan tetapi wajib dipandu dengan sinergi iman yang tersemat di dalam hati dan logik akal fikiran.


Disini dapat kita lihat betapa pentingnya niat. Oleh sebab itu, dalam Islam setiap ibadat perlu didahului dengan niat. Setiap ibadat mempunyai lafaz niat tertentu seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain. Ibadat menjadi tidak sah tanpanya.


Di dalam kitab hadis 40 pula susunan Imam Nawawi, hadis berkenaan niat adalah hadis yang pertama.


سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ -رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ -عَلَى الْمِنْبَرِ قَالَ‏:‏ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -يَقُولُ ‏"‏ إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا، أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا، فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ‏"‏‏.‏


" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'


Di samping itu, niat hanyalah semata-mata kerana Allah Yang Maha Pencipta kita. Jika kita melakukan sesuatu ikhlas kerana Allah Yang Maha Pemurah, pasti akan mendapat ganjaran daripadaNya inshaAllah. Jika kita berniat kerana ingin mendapatkan ganjaran dunia, kita pasti akan memperolehnya akan tetapi bersifat sementara ( dunia sahaja ). Contoh yang paling jelas dapat kita perhatikan dalam hadis di atas.


"berhijrah kerana Allah, ganjaran menunggu di akhirat..
 berhijrah kerana ingin berkahwin, berkahwinlah ia dengannya.."
Kita sebagai pelajar yang masih di alam pembelajaran, niat penentu segalanya. Sepatutnya kita berniat " Aku belajar ikhlas kerana Allah", bukannya " Aku belajar sebab nak dapat hadiah and then nak banggakan mak abah". Tak salah tetapi seperti yang dikatakan sebentar tadi hanya bersifat keduniaan. Ilmu yag dituntut tidak terpaku di kepala, tidak membumi dalam hati, hanya tercatat dalam buku nota, hanya terpahat di atas kertas peperiksaan. Kalau begitu, bagaimana kita ingin mengaplikasikan dalam kehidupan seharian?? Mari kita bersama-sama merenung kembali ke dalam diri.


Akhir kalam, setiap tindak tanduk kita disertai dengan niat. Jadi , tajdid niat tu penting ye kawan-kawan!!

0 comments: