Pages

6 December 2010

Maal Hijrah~


1 Muharram 1432H
Maal Hijrah
Tema Maal Hijrah 1432H
"1Malaysia 1Ummah"





apa yang perlu kita buat?
apa persiapan yang diperlukan untuk menyambut kedatangannya??
adakah dengan hanya memenuhi masa cuti umum yang telah diperuntukkan??
adakah sekadar berkumpul di dewan PWTC untuk mengetahui tokoh maal hijrah??
adakah sekadar menghafaz nasyid ini??

Satu muharram detik permulaan
perkiraan tahun Islam hijrah
perpindahan nabi dan umat Islam
dari kota Mekah ke kota Madinah
(sambung sendiri deh)

Sebenarnya...

Setiap kali menjelangnya detik ini,umat Islam khususnya di Malaysia akan berkumpul di masjid-masjid,surau-surau untuk bersama-sama membaca "doa akhir tahun" selepas waktu asar dan membaca "doa awal tahun" selepas maghrib.

*dibaca selepas asar 29 zulhijjah

*dibaca selepas maghrib 1 Muharam


Selain itu, satu muharam dipanggil maal hijrah sempena mengingati penghijrahan nabi kita Nabi Muhammad S.A.W bersama para sahabat dari Mekah ke Madinah pada 12 Rabiul 'awal tahun ke13 Nabi Muhammad menjadi Rasul. Penghijrahan ini merupakan perintah dari Allah s.w.t untuk mempertahankan Islam selain salah satu strategi dakwah baginda.

Justeru,sempena kedatangan maal hijrah ini..kita juga hendaklah menjalankan proses penghijrahan.Hijrah tidak semestinya sepertimana hijrah baginda.Kita pon boleh berhijrah iaitu dengan melakukan perubahan ke arah yang lebih baik demi menggapai redha Illahi..Marilah kita sama-sama menuliskan azam,impian dan harapan sempena tahun baru ini,sematkan di dalam hati dan laksanakan dengan tindakan.Bukanlah azam perlu dibuat setiap kali bermulanya tahun baru Masihi sahaja.

 Salam maal hijrah,
     dak adab

2 comments:

mujahidatunnisa.. said...

mari kita berhijrah kerana ALLAH! moga umur2 yang mendatang dapat kita manfaatkan dengan sebaiknya..insyaALLAH...

dAk aDAb said...

>>mujahidatunnisa.

yok kte sesama kak..ameen.inshaAllah..