Pages

14 October 2012

mesir



Ya Allah teringinnya aku untuk sampai ke Bumi Kinanah Mesir
 sampaikan daku ke sana,

permudahkanlah aku untuk ke sana..
ameen

31 August 2012

رسالة حب إلي الزوج الذي أتمناه وتتمناه كل فتاة ^_^


4 May 2012

pantai untuk awak

awak bayangkan awak duduk kat situ,
tengah menikmati keindahan pantai
sambil2 mengadu masalah macam penyair ni.. =D

شاك الى البحر اضطراب خواطري   **   فيجـــــــــــــيبني برياحـــــــــــه الهوجاء
ثاو على صخر أصـــــــــم وليت لي **  قلــــــــــــبا كهــــــــذي الصخرة الصماء
ينتابها موج كموج مكـــــــــــــارهي  ** ويفــــــــــــتها كالسقم في أعضـــــــــائي
والبحر خفاق الجوانـــــــــــب ضائق ** كمدا كصدري ساعة الإمســــــــــــــــــاء


awak, ingat lagi tak qasidah ni?,qasidah المساء,penyair خليل مطران,belajar kat syeer hadis 1


p/s awak 
jangan sedih-sedih 
tak dapat pergi aqabah
tak dapat jumpa pantai
bukan saya tak nak teman
tapi apakan daya .. 

lain-lain kali
 kita pergi jumpa pantai deh ;)





syeer


Imam Ahmad Bin Hanbal (rahimahullah) telah ditanya muridnya Abu Hamid al-Khulqani tentang pendapat beliau terhadap syair-syair yg berkaitan syurga dan neraka. lalu beliau bertanya :" Seperti apa? contohnya?". lalu muridnya mendendangkan syair ini, selesai 2 rangkap pertama Imam Ahmad terus menangis teresak-esak dan meluru masuk ke dalam rumahnya. Tangisan beliau begitu kuat sambil mngulang-ulang 2 rangkap pertama itu. Muridnya meriwayatkan: Kami mendengar tangisan Imam seolah-olah beliau akan mati.

24 April 2012

kembali


من لا يخطئ لا يفعل شيئا


 manusia itu lemah, sering lupa dan melakukan kesalahan, lupa asal kejadian diri

kuatkan mujahadah diri ini ya Allah 
untuk kembali kepada seperti sebelumnya


19 January 2012

R E D H A

Bismillah
Alhamdulillah 3ala kulli hal wa astaghfirullah 3la kulli zanbi..
 
R . E . D . H . A

Redha tu menerima dengan senang segala apa yang telah diberikan oleh Allah sama ada dari segi peraturan, hukum atau nasib diri.

Kita selalu dengar redha Allah terletak pada redha ibu bapa, kita kena cari redha Allah, redha dengan ujian yang menimpa.Kalau manusia ditimpa musibah, kita selalu nasihatkan, sabarlah..Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Tetapi,

adakah penerima musibah tu redha  dengan mudahnya apa yang berlaku pada dirinya?
Mudahkah untuk kita menyematkan di dalam lubuk hati, perkataan "redha" dengan ketentuan illahi?

Allah, cakap memang senang nak praktik sangat payah!

Hakikatnya, nak jadi hamba yang sentiasa redha apa yang berlaku
kita kena bersedia dengan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku di masa hadapan.

Kehidupan yang ibarat roda ini mengajar kita erti redha dan sabar terhadap takdir illahi.Kesannya kita semakin matang menempuh hidup dan memahami erti kehidupan yang ada masa kita di atas ada masa kita dibawah.Ujian hidup datang dan pergi untuk menguji keimanan kita sebagai hamba seperti yang tersurat didalam al-quran.

Sebagai pelajar, kita diuji dengan markah yang rendah.Itupun rasa tak tertanggung.

Kerana apa?
sebab kita tidak diuji.Markah imtihan kita sentiasa tip top walaupun hanya dapat highest mark dalam syukbah dalam  kalangan malizi.
 
ujian sekecil ini pun boleh menyebabkan kita "down" apatah lagi ujian-ujian kehidupan  lain.

sebab tu kita kena tamassuk dengan prinsip ni tamassukan!

usaha + doa = tawakkal --> berjaya/gagal [ujian]

Khulasatul qaul,niat utama menuntut ilmu kerana Allah dan untuk memahamkan diri sendiri dan orang lain bukan semata-mata kerana imtihan.Markah yang banyak tapi tidak dapat menyumbang kepada orang, rugi besar jugak.
 
Berkata Imam Syafi'e rohimahuLlah:-

ومَن لم يَذق مرّ التعلّم ساعة <> تَجرّع ذلّ الجهلِ طولَ حياتِه

Barang siapa yang tidak merasai kepahitan menuntut ilmu seketika cuma, nescaya dia akan 'menelan' rasa hina kejahilan sepanjang hidupnya.


4 December 2011

sanah helwah~!


sanah helwah ya amurah Aishah Azizan

tup tup
   dah 20 tahun

sila tadah tangan ;)

moga shah
semakin bertambah umur,
semakin dekat dengan kematian,
hanya menunggu hari untuk kembali kepangkuanNya

moga shah
semakin tabah menempuh hari-hari mendatang
semakin cekal dengan ujian & liku-liku kehidupan

moga shah
semakin ceria
semakin rajin belajar =)
semakin bertambah ilmu
semakin kuat mencari ilmu

moga shah
semakin bertambah iman
semakin kuat amal
semakin dekat dengan taqwa

moga shah
menjadi hamba yang taat
menjadi anak solehah
menjadi daie yang istiqamah
menjadi muslimah sejati
menjadi pelajar itqan
menjadi kakak & adik yang baik
menjadi sahabat terbaik
menjadi isteri qurratu ain ;)
menjadi ibu mithali

moga shah
memperoleh kejayaan dunia akhirat
memperoleh muaddal yang cantik
memperoleh suami muslim lagi mukmin
memperoleh anak-anak yang solehin

ameen ya rabbal alamin..

nak hadiah tak?

nah, kita nak bagi ni..

kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) dalam kitab kerohaniannya yang terkenal ‘Madarij al-Salikin’. Suatu kata-kata yang terbit dari ilmu dan pengalaman kerohanian yang dalam. 
Kata beliau:
“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.