Pages

19 January 2012

R E D H A

Bismillah
Alhamdulillah 3ala kulli hal wa astaghfirullah 3la kulli zanbi..
 
R . E . D . H . A

Redha tu menerima dengan senang segala apa yang telah diberikan oleh Allah sama ada dari segi peraturan, hukum atau nasib diri.

Kita selalu dengar redha Allah terletak pada redha ibu bapa, kita kena cari redha Allah, redha dengan ujian yang menimpa.Kalau manusia ditimpa musibah, kita selalu nasihatkan, sabarlah..Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Tetapi,

adakah penerima musibah tu redha  dengan mudahnya apa yang berlaku pada dirinya?
Mudahkah untuk kita menyematkan di dalam lubuk hati, perkataan "redha" dengan ketentuan illahi?

Allah, cakap memang senang nak praktik sangat payah!

Hakikatnya, nak jadi hamba yang sentiasa redha apa yang berlaku
kita kena bersedia dengan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku di masa hadapan.

Kehidupan yang ibarat roda ini mengajar kita erti redha dan sabar terhadap takdir illahi.Kesannya kita semakin matang menempuh hidup dan memahami erti kehidupan yang ada masa kita di atas ada masa kita dibawah.Ujian hidup datang dan pergi untuk menguji keimanan kita sebagai hamba seperti yang tersurat didalam al-quran.

Sebagai pelajar, kita diuji dengan markah yang rendah.Itupun rasa tak tertanggung.

Kerana apa?
sebab kita tidak diuji.Markah imtihan kita sentiasa tip top walaupun hanya dapat highest mark dalam syukbah dalam  kalangan malizi.
 
ujian sekecil ini pun boleh menyebabkan kita "down" apatah lagi ujian-ujian kehidupan  lain.

sebab tu kita kena tamassuk dengan prinsip ni tamassukan!

usaha + doa = tawakkal --> berjaya/gagal [ujian]

Khulasatul qaul,niat utama menuntut ilmu kerana Allah dan untuk memahamkan diri sendiri dan orang lain bukan semata-mata kerana imtihan.Markah yang banyak tapi tidak dapat menyumbang kepada orang, rugi besar jugak.
 
Berkata Imam Syafi'e rohimahuLlah:-

ومَن لم يَذق مرّ التعلّم ساعة <> تَجرّع ذلّ الجهلِ طولَ حياتِه

Barang siapa yang tidak merasai kepahitan menuntut ilmu seketika cuma, nescaya dia akan 'menelan' rasa hina kejahilan sepanjang hidupnya.


2 comments:

Wann Syada said...

redha itu IKHLAS.

pasghah itu menyeghah. :D

Rintihan HambaMu said...

Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita, bahawa apabila Allah SWT menyayangi suatu kaum, pasti Allah SWT akan menurunkan ujian dan cubaan. Alhasil, Allah SWT akan menilai sejauh mana takat kesabaran yang terbentuk. Kadangkala, ada sesetengah manusia membenci kesusahan, kesakitan, bebanan yang ditimpakan ke atasnya sehingga bertempik benci dan mengeluh panjang kepada Allah SWT. Maka, jika itulah keadaannya, ini bererti manusia itu telah menempah murka Allah SWT. Tatkala itu, Allah SWT akan menimpakan kemurkaanNya dengan nilaian dosa. Dosa akibat lemahnya rasa sabar manusia terhadap ujian yang dihadapi.