Pages

16 January 2011

:الميزان الصرفي: dalam ilmu sorof

bismillahhirrahmanirrahim..
alhamdulillah 3la kulli hal..


inshaAllah post kali ini aku akan  share tajuk awal yg  dlm madah sorof.harapnya post ini dpt membantu korang terutama dak2 adab dlm memahami tajuk ini bg yg blom amk madah ni lagi ..

الميزان الصرفي adalah ukuran yang telah diletakkan oleh ulama’arab untuk mengetahui keadaan pembinaan kalimah.dinamakan juga الوزن dan مثال  di kitab2 lama. Maka, مثال  = الميزان


disebabkn banyaknya perkataan arab terdiri daripada 3 huruf, jadinya ulama’ sorof telah menjadikan الميزان الصرفي  terbentuk daripada 3 huruf yang asal iaitu ف  ع  ل ف   lawan die huruf pertama kalimah,  ع  lawan die huruf ke2 kalimah, ل  lawan die huruf ke3 kalimah.
Contoh:
كَتَبَ     =      فَعَلَ
حَسِبَ     =     فَعِلَ
كَرُمَ     =     فَعُلَ

Mesti korang tertanya-tanya kenapa ulama’ sorof menjadikan  ف ع ل mizan sorof..nih nak terangkan sebab-sebabnya..ada 4 sebab :

1)kalimah فعل  terdiri daripada 3 huruf. majoriti perkataan arab terdiri daripada 3 huruf dan yang lebih daripada 3 huruf adalah minoriti..

2)kalimah فعل  adalah petunjuk yang umum.setiap الأفعال   menunjukkan perbuatan. Contoh فعل : أكل (makan),جلس (duduk),مشى(jalan),نام (tidur) dan lain-lain menunjukkan berlakunya kejadian dengan makna lain melakukan perbuatan.

3)kalimah فعل  terdiri daripada huruf2 yang sohih.maknanya tiada huruf2 yang cacat(huruf ا, و, ي).

4)kalimah فعل  merangkumi 3 suara yang membentuk sebahagian sistem sebutan. Tempat keluar huruf ف daripada awal sistem sebutan iaitu dua bibir, huruf ع  daripada akhir halkum manakala huruf ل daripada tengahnya.

Faedah الميزان الصرفي :

Menerangkan baris kalimah,asal daripada kalimah atau tambahan,hurufnya didahulukan atau dilambatkan,apa yang disebut daripada huruf2nya atau dibuang , dan menerangkan sama ada perkataan tersebut sohih atau terdapat اعلالها(cacatnya).

Cara untuk mewazankan:

1>     فعل الثلاثي (3 huruf)

الكلمة
الميزان
الكلمة
الميزان

ذَهَبَ
فَعَلَ
حَسُنَ
فَعُلَ

عَلِمَ
فَعِلَ
قُتِلَ
فُعِلَ

Daripada contoh2 kt atas tu, kte dapat tengok bahawasanya huruf pertama kalimah berlawan dgn huruf pertama mizan,huruf kedua n huruf ketiga pon sama.baris mizan kena ikut baris kalimah.

Contoh> ضَ  رَ  بَ  - فَعَلَ

Huruf dhod adalah fa kalimah. Huruf ro adalah ain kalimah. Huruf ba adalah lam kalimah.

2>     Kalimah yang lebih dari 2 huruf

Kte tgok sama ada kalimah ni asli atau xasli.

·         Kalau huruf tambahan tu huruf asli,maknanya ia daripada kalimah yang tetap dan xmemberi makna bagi kalimah tersebut tanpa huruf tersebut,

-          Tambah satu huruf ل  di akhir mizan kalau kalimah tu 4 huruf..

طَمْأَنَ     =     فَعْلَلَ

دِرْهَمَ     =     فِعْلَلَ

قِمَطْر     =     فِعَلّ

-          Tambah 2 huruf ل  di akhir mizan kalau kalimah tu 5 huruf..

غَضَنْفَرَ     =     فَعَلّل

زَبَرْجَدْ     =     فَعَلَّل

·         Kalau huruf tambahan tu ulangan huruf daripada huruf kalimah asli, ulangkan jugak lawannya di mizan

سَبَّحَ     =     فَعَّلَ            

·         Kalau huruf tambahan daripada 3 huruf tadi tu bukan huruf asli n huruf yang berulang,kita wazankan die ikut asal die dan ikut je huruf tambahan die.

فَاتَحَ     =     فَاعَلَ

انْفَتَحَ     =     انْفَعَلَ

·         Seperti yg kte tau, تاء yg ditambah kt feel(تاء الافتعال ) adlah huruf yg bukan asli dan ditambah untuk memberi makna tertentu. Huruf ini memberi kesan kepada kalimah dan ditukarkn ke huruf lain seperti ط  atau د  . kalo nk wazankan kita kena wazankan ikut asalnya iaitu ت bukannya ط atau د .

اصْطَبَرَ     =     افْتَعَلَ

اذْدَكَرَ     =     افْتَعَلَ

·         Kalau kalimah tu telah dihazafkan, kte hazafkan apa yang lawannya di mizan.

قُلْ     =     فُلْ

صِفْ     =     عِلْ

ارْمِ     =     افْعِ

قِ     =     عِ  الأمر من وقى

·         Ada  beberapa perubahan yang berlaku kt kalimah dgn sebab الإعلال  . kte wazankan mengikut asalnya.

بَاعَ     =     فَعَلَ    أصلها بَيَعَ

دَارَ     =     فَعَلَ     أصلها دَوَرَ

·         Ada perubhn yang belaku kt kalimah yg dinamakan القلب المكاني  iaitu satu huruf mengambil tempat huruf yang lain. Kte wazankn huruf yg ambil tempat tu dgn apa yg sama dgnnya di mizan.

أَيِسَ     =     عَفِل
Dibolak-balikkan dari kalimah يَئِسَ

حَادِيْ     =     عَالِفَ
Dibolak-balikkan dari kalimah وَاحِد

6 comments:

hanis najwa said...

saya paham ustazah~!!!keh3:)

teruskan pembelajaran sorof!!chaiyok2!!:)

dAk aDAb said...

baguss n manto0p, anak murid ustazah ni..senang deh ustazah nk ngajo cm gini..kui3!~


inshaALLAH, doakn moga2 istiqamah~

Jdjjsjsjs said...

terima kasih ustazah , mudah difahami nota ustazah! moga berjaya dunia dn akhirat!

MATAN ALFIYAH IBNU AQIL said...

Terima kasih ustzah

Unknown said...

Terima kasih ustazah di atas perkongsian

Anonymous said...

meme kemah la ajar gini ,,mudoh pehey

tq sudi ajar and boleh buat ttg tajuk sorof yg lain plk untk masa akan dtg.